Buddies

Wednesday, April 3, 2013

AKI balik kampung..

As Salam semua..
Hari ni anoi nak story pasal aki balik kampung hehe..
Alkisahnya...sebenarnya anoi tak ada plan pun nak bawa aki balik kampung sebab aki suka meroyan duk dalam carrier lama-lama..Anoi dah booking dua hari awal kat sebuah petshop dekat saujana putra..so kalau on the way pergi atau balik senang sebab laluan highway yang sama nak balik kampung..Sabtu pagi tu lepas siap2 anoi pun pergi la kedai tu..ok fine kedai tutup maybe owner on the way datang..call x dpt..call 1 lg nombor x dapat..mesej x reply..panas punggung dah ni..aki pula sampai tertidur jadinya..
sejam setengah jugalah tunggu dari 9.00 pagi - 10.30 pagi..Akhirnya anoi buat keputusan bawa je aki balik kampung lepas call klinik haiwan mesra presint 14 (anoi baru taw diaorg ada sediakan utk kucing boarding tapi dah penuh pulak masa anoi call tu)

Sepanjang perjalanan aki ada juga mengeow tapi tak teruk sangat...jenuh pujuk aki ( dah gaya macam pujuk budak2 ) so aki pun senyap dan tidur..anoi jadi tenang nak drive..

siap pakaikan seat belt utk aki..utamakan keselamatan ok

Mesej adik tanya ada sangkar tak kat rumah..tapi adik kata mana ada sangkar..risau dah tak kan nak biar aki lepas dalam rumah tu dah la mak tak berapa suka kucing..tawakal jela..call pulak kak liza tanya kat mana pet shop kat tg.malim nak beli makanan aki..kakak kata ada satu kedai kecik sebelum jambatan dekat stesen bas tg.malim..cari2 nasib jumpa tapi tapi tak banyak choice sbb kedai tu more kepada kedai menjual alatan memancing..tapi ada juga jual cat n dog food tapi tak banyak..anoi pun beli cat food jenama eureka holistic cat food..dengan harapan aki ko tak memilih makanan la yer..


Inilah rupanya makanan kucing tu..RM10.50 for 500gram

Fuh lagi sejam baru sampai Besout..aki dah bangun tido dan mula mengeow..so anoi pun pujuk lagi kata " aki tidur yer, lagi sejam kita sampai..aki baik kan" aki pun macam faham dia pun tidur balik maybe penat kot hehe..so anoi pun pecut sambil mata melilau cari petshop lain kat Slim River..hampeh pekan kecik mana la ada petshop hehe..

Sampai kat rumah Besout trus bawa naik aki..kebetulan ayah tengah baca surat khabar kat ruang tamu belakang.."ha! ayah ni aki" Mak dah risau ingat anoi bawa aki macam tu je dalam kereta...bahaya ooo bawa kucing macam tu..tak adalah mak ada carrier ni klau tak ..tak berani nak macam tu je..So terus lepas aki..aki pun macam pelik aku kat mana ni? hehe..apa lagi buat sesi explore rumah la sambil siap cium2 lagi..abis merata celah rumah aki masuk..pastu keluar bawa sawang melekat kat badan..lawak je aki hehe

Anoi sediakan makanan kucing tapi aki tak makan pun..aki masih teruskan sesi pusing2 dalam rumah..petang kak liza dan nizam sampai..anoi suruh beli wetfood..tepi jenama whiskes je ada jadi la nak campur dalam kibble aki..sebenarnya anoi tak suka wetfood whiskes..rupanya semacam je pastu berair sgt..tapi aki ko terpaksa la makan yer..itu je ada..aki makan juga tapi tak banyak..rumah pulak jenis banyak semut..tinggal lama skit dah naik semut makanan aki..haiyarrkk geram anoi..

Ini tempat makan aki dan toilet aki hehe

Anoi pun ambil aki letak atas kotak yang ada pasir ( kecemasan mana ada bawa litterbox aki guna kotak and pasir je) and ajar aki ini tempat aki punya toilet taw sambil guna sudu plastik kais2 pasir tu..mak anoi gelak je haha..ehhh kucing dia faham je klau kita ajar betul2 kan3??

Alhamdulillah aki pandai guna toilet dia dan seperti biasa waktu anoi nak kemas toilet dia waktu tula nak sibuk membuang..mmg sungguh tak malu aki ni hehe

Seterusnya kite tengok gambo jela kang 10 page tak habis nak citer aki balik kampung hehe.....

Aki kacau Acu buat kerja sekolah hehe

Aki jangan main kat kabinet ubat opah!!

Orang memasak kat dapur..aki duk main kat situ..berkenan betul aki kat tempat tu hehe

memanjat..

memanjat lagi ...suke la tu..


dengan sudu plastik pun jadi bahan main


masa ni dah tutup lampu semua masa org nak tidur..aki pulak masih teruskan aktiviti explore race dia haha

Macam2 ragam aki kan..tapi yang tak boleh lupa..2 malam tido kat kampung..aki anoi tak kurung yela mana ada sangkar pun nak kurung..org lain tidur..aki ntah ke mana merayau dalam rumah..
Malam Ahad..anoi tersedar pukul 3 pagi..dengar bunyi loceng aki..tapi jenguk2 tak nampak aki..tak lama tu aki panjat katil anoi..mula2 main dulu kat almari sebelah ( gambar seperti di atas) pastu menyendeng kat pinggang anoi nak tidur..tapi yang sengsara anoi x boleh nak gerak2 nnt aki terjaga..ntah macam mana dua2 tertidur sedar2 dah 6.30 pagi..aki dia bangun awal..anoi sambung balik tido..tak puas tido sbb x boleh gerak2 hehe..
Malam kedua malam Isnin..pukul 2 pagi terjaga aki panjat katil..mula2 aki tidur kat pinggang sebelah kanan anoi..anoi bergerak dan baring melentang aki panjat dan cium2 muka anoi ( geli la aki hahaha) aki landing kat leher anoi.. leher Ok! dah mengadap bontot aki pastu geli kena bulu aki jenuh tahan gelak haha..anoi gerak lagi..aki bangun turun baring kat kaki plak..last sekali anoi gerak..aki tidur kat celak tiak anoi..haila aki geram tgk dia tidur..comel sgt..siap tangan ke atas hehe...Anoi cakap kat mak anoi pandai aki cari anoi nak tidur ..aki tak pergi ke orang lain pun..mak anoi kata aki kenal tuan dia yang mana...i love u lah aki muaaahh3 <3 hehe..

Isnin nak balik dah..macam biasa aki akan mengeow dalam kereta tapi tak teruk mana..anoi pujuk ..aki tidur balik.. gambar ni di tangkap masa dah sampai putrajaya..tengok la aki..nyenyak je tido..comelnye aki hehe..
tapi bila aki dah besar tak boleh nak pusing2 dah dalam carrier tu..masa kecik ni boleh la



Ok kalau aki good girl..anoi bawa aki balik kampung lagi yer..

bye ^^

Thursday, March 7, 2013

AKI the cat

As salam semua.. selamat petang ..

Kali anoi nak citer pasal anak kucing yang baru anoi bela..2 baru minggu rasanya..
Anoi dapat anak kucing ni melalui laman web mudah.my dan jumpa owner ni yang hendak serahkan 3 anak kucingnya kepada yang berminat.. kiranya anak kucing yang anoi ambil ni yang terakhir dari 3 ekor anak kucing.
Jumaat (22/2/2013) petang selepas keje anoi pun ajak kak elly teman anoi pergi ambil anak kucing tersebut di Petronas Bangi Seksyen 7..Ingatkan dah sampai Petronas yang betul rupanya salah Petronas, jenuhla anoi dan kak elly pusing Bangi mencari Petronas tersebut.. dekat 8lebih baru sampai orang tu pun dah mengantuk macam nak marah pun ada sabo jela..dah kitaorang sesat nak buat macam mana kan..

dengan bawa carrier pink, aki pun bertukar tuan..senyap je aki dalam carrier dalam kereta..malam tu lepak kejap rumah kak elly..aki tak mo keluar carrier pun huhu..esok ptg dalam bermalam bawa aki..siap bawa makan n pasir dia hehe..

AKI yang tak mo keluar carrier

Fussie Cat Sand (apple) & RC baby

carrier pink

sangkar AKI
Ni la rupanya barang2 AKI..habis la juga RM200..nak jadi cerita AKI x reti makan kibbles kena campur wetfood so anoi belikan AKI wetfood jenama prodiet for kitten..



Jeng..jeng..jeng.. ni la rupanya..
 




Haritu beli 2 pack je wetfood ni, 2 minggu tahan lagipun campurkan sikit je dengan kibble AKI..sekali dah habis, yang ada jenama Whiskes sebab dah terbeli kat MYDIN tak kan x guna pulak sebab dah beli kan..rupanya AKI macam tak suka..so harini bergegas la anoi lari jap masa rehat pergi Klinik Haiwan Mesra kat Presint Diplomatik belikan AKI wetfood Prodiet..beli 4 sekali gus..dengan harapan AKI makan la yer..susah hati AKI macam tak nak makan.

Lepas ni AKI jangan nakal2 dah yer..sian anoi asyik jadi mangsa kena gigit..itu pun dah ajar AKI kalau ada benda yang tak boleh anoi cakap NO sambil tepuk tangan ..ada yang AKI dengar cakap ada yang tak..AKI...AKI.. yang bagus AKI pandai membuang di tempat pasirnya kalau berada di luar sangkar. Tapi tak tahulakan sebab anoi biar AKI bebas kejap je masa hari keje dan bebas lama skit kalau hari minggu.

So malam2 layan kucing kecik ni la..kadang2 tak terlayan juga sebab penat keje kan..sian AKI sorang kat rumah bila anoi keje..kena kurung pula tu..macam nak lepaskan tapi biarla dulu..lagipun baru 2 minggu kan..biar tranning lama skit hehe..

ok .. gambar2 AKI yang nakal..mempersembahkan..............................


1st day di rumah anoi

cute!

sibuk nak grooming sebelah anoi

berjaya panjat kerusi meja makan!


AKI main mainan bulu ayam
Anoi mangsa dera
sibuk landing celah tiak orang hehe

Apa pandang2!

AKI suka sangat main dekat sliper anoi tu siap gigit2 lagi


bye!

Friday, March 1, 2013

Hadiah birthday!

Haha tak sangka dapat hadiah birthday dari kak az & kak nori..tq ye akak2 syg..

Update blog utk share citer ni je haha...ada aku kisah..lalala

Hadiah saya >>>>

Lovely..\^_^/







Sunday, February 17, 2013

Happy Birthday to Myself

As salam semua..

Arini 17/2/2013.. Bermakna umur anoi pun naik 1 angka.. 28tahun 1 hari haha..semalam la birthday kite.. (16/2/2013)
Ape aktiviti birthday kite ni?? Jeng3.. Tak ada aktiviti pun..memerap kat umah sabtu- ahad..akak opis ni siap msg tny buat pe semlm..anoi kata melepak kat umah je..
Klau nak di citerkan..mmg tiap tahun sama ada keje/ ow bik cuti(klau jatuh hari keje)..klau jatuh ari weekend ( memerap dlm umh/ jln alamanda sowg2/ jln dgn umie klau dia dtg)
Pergh mmg tahap bosan kan? Nak buat mcm mana itulah life cik anoi kite ni hehe..
No hadiah2 klau ada orang bg pun my bff umie jela bagi..blanja makan lgsg la xd tp dah bersyukur sgt klau ada yg wish pun ( mostly kat fb la sbb d reminder kan )..

Semalam tgk tv..lyn fb..lyn blog..tup2 syahdu la plak berjuraian air mata ni baca kisah kiko the cat kat blog izyahya.com ..kucing tu meninggal sebab sakit huhu..
Birthday girl kena happy2 tapi seharian duk glommy and menangis je..bc novel nangis..tgk citer sedih nangis..APTB huhu..

Slalu klau p alamanda sorang on my birthday, anoi akan reward diri sendiri.. P tgk wayang ke..mkn2, window shopping ke..
Ingat this year nak buat pedi/ menicure tapi smp ptg tak keluar rumah so angan tinggal angan jela huhu..
Sebab dah beli iphone5 kira tu hadiah in advance utk diri sendiri jela hehe..

Macam tak percaya pun ada dah 28tahun..lagi 2 tahun dah 30 tahun haha..
Semoga anoi bahagia, happy, sihat, dan dirahmati Allah swt slalu.. Amin..

Pinjam cake org lain punya dari GOOGLE..
Happy birthday to myself !




Wednesday, January 30, 2013

iphone 5

As salam semua..

Lama tak post apa-apa kat blog ni ye..dah sunyi sepi..agaknya dah bersawang kot hihi..

Just nak share my happinest....i got iphone5!..actually i buy it ok not somenone given to me huhu...

thanks to kak norie and his family teman anoi pergi beli iphone ni..

Masih terkial-kial guna iphone ni..walaupun lebih kurang ipad jugak tapi tang nak taip mesej tu asyik tekan salah huruf je padal before ni guna juga nokia touch screen huhu..

Anyway i present u all my iphone5 >>>>>>


Alhamdulillah lepas ni harap tak hilang lagi and tak kena curi lagi...amin..


^anoy^

Wednesday, January 2, 2013

Selamat tahun baru 2013

Alhamdulillah .. Tahun baru menjelma lagi.. Semoga tahun ini dapat mendapat keberkatan-Nya.

Azam tahu baru saya ialah dot dot dot.. Hihi ( biarlah rahsia )..
Amin semoga dipermudahkan-Nya..

2 Januari 2013.. Hari pertama kerja untuk tahun ini.. Chayok anoi hihi

Tahun ni macam2 nak buat n nak beli.. Adoi bab shopping masih tak dapat dipisahkan hehe.. In Sha Allah kalau ada kewangan dan masa.. Akan ada bajet untuk itu..gambate! 😊

Masuk tahun baru secara automatiknya umur pun bertambah... Hihi 😙
Cari pasangan, bertunang, berkahwin, masih tak termasuk dalam list tahun ini hohoho..
Kalau orang tanya kenapa? jawapannya, doakan untuk saya ye..

:: bunga api tahun baru 2013, putrajaya

2/1/2013, 4.30am

Monday, December 10, 2012

Cuti2 Sarawak

Salam semua,

Alhamdulillah anoi dan rakan2 selamat pergi dan balik ke kuching sarawak pada 28/11-1/12/2012.
Anoi stay di 360 xpress citycentre hotel kuching..

Percutian kali so-so aje..bila berjalan confirm le letih kan.tp happy ttp ade..just sedikit hampa dgn kwn yg uruskan dgn percutian kami di sarawak huhu..

Ok tak nk fikir ..pe2 perkara dh selamat hihi...

Sedikit gambar2 disana >>>>>>>>>>