Buddies

Monday, January 20, 2014

Salam Tahun Baru 2014

As Salam semua..

Lama dah tak menulis dalam blog ni..bila last ntah hehehe..
Anoi being busy dengan budak bulus 2 ekor kat rumah tu haaaa ^_^
dan sesi menjual handbag ngahahaha.. Yela nak mencari sesuap rezeki hehehe

Selamat Tahun Baru 2014!
Apa Azam tahun baru?
itulah soalan rutin setiap tahun kan..biasalah apa lagi nak di tanya kan..

Masa cepat je berlalu dari awal tahun ni dah penghujung bulan Januari 2014.
Anoi pulak duk sibuk survey mencari hotel..place of interest kat Kota Kinabalu..Survey harga sewa kereta kat Kota Kinabalu..aiyo makin lama mencari makin pening anoi..budget nak kena kira jugak..yela ini percutian budget bukan percutian 5 Start okeh...

Pastu dah start fikir nak tinggal budak 2 ekor tu kat kedai ke kat rumah je..ermmm 4H3M tu..
klau hantar kedai bukan boleh nk letak 1 sangkar..si Adik tu bukan main buli si Aki tu..sian tengok klau kat rumah..bayangkan klau letak 1 sangkar hohoho..dulu pergi Port Dickon 3H2M boleh la tinggal si Aki kat rumah. Masa tu ada Aki je.. tak pelah ada masa lagi dan akan di fikir2 kan hehe..

Bila-bila masa anoi tulis lagi..jangan rindu2 ye..macam la ada orang baca ngahahaha..
KBye! 

Monday, September 30, 2013

Selling 100% Authentic Handbag..follow my Instagram : anoifaizah

Dear reader

As salam semua..

Hahaha kali ini anoi nak promote Instagram anoi plak..yang ini bukan yang personal taw..yang ni untuk jual handbag2 punya.. 100% authentic taw 😄

Ok mari kakak2 adik2 rapat2 mai follow instgram anoi ..
Mula2 buka app instgram pastu search anoifaizah 
Pastu taaadaaa...keluar la acc instagram anoi
Sama tak seperti kat bawah..ada tak keluar tauke dia? Anoi la tu sapa lagi..hik3

Follow taw..ajak kakak, adik, kawan, saudara mara, office mate follow ig anoi laju2 ok

Klau ada yg berkenan di hati boleh whatapp anoi ..tok sah segan2 ok

Sekian, 

Anoifaizah
Handbag Dreamland


Wednesday, September 18, 2013

FB Page : Handbag Dreamland

As Salam semua..

Fuhhh lamanya tak update blog lps raya huhu..
Sebenarnya anoi sibuk tgh blajar nak menjual Handbag original..
Semua handbag di supply dari US dan France..
Duk sibuk update handbag kat FB anoi dan baru buat FB page : Handbag Dreamland
So kwn2 pls support anoi dgn like page tu taw..
Anoi amat hargai jasa korang..
Thanks ;)

Monday, August 5, 2013

Salam Lebaran

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin
Dari Anoi dan Aki :)

Berhati-hati pulang ke kampung
Sayangi nyawa anda!

Dah puas beraya jangan lupa masuk kerja pula minggu depan yer..



Tuesday, June 11, 2013

lamanya tak update huhu..

As salam semua..

lamanya anoi tak update blog ni..bersawang dah kot huhuhu...

Ape nak citer yer..anoi sihat alhamdulillah..keje pun ok je..life plak bz dgn bdk kenet kat umah hehe..jgn terkejut ye kwn2 bukan ada anak kat rumah..ada anak kucing je hehe..

Mula2 nak adopt  aki tu macam risau je takut tak terjaga yela dah lama tak bela kucing ..dulu ada kucing pun masa sekolah rendah..bertahun dah tu..tapi alhamdulillah setakat ini AKI sihat tak ada masalah apa2 terima kasih atas rakan2 yang sudi beri tunjuk ajar :D

Setiap hari nak pergi kerja, rasa berat hati nak tinggal AKI..balik pun nak awal sebab teringat AKI kat rumah..2minggu lepas terpaksa tinggalkan AKI kat Klinik Haiwan Mesra Putrajaya sebab anoi ada jemputan kenduri kawin di Melaka dan di Selancar..3H2M tu rasa lama sangat..asyik belek gambar dan video AKI dalam hp huhu..rindu sangat kat AKI..gaya macam tinggal anak kan ??
Sapa yang ada bela kucing tu maybe tahu kot perasaan tu ...

Ok gambar aksi terbaru aki..AKI dah 5 bulan yer kawan..tapi kurus je..makan slalu x abis huhu


aki tido tutup muka ;)


hiiaaarrrggghh ngeliat skit hehe

ops kantoi intai aki ngeh3


budak nakal kena buli..balut aki dengan kain batik haha


muka2 takut..mak saudara tumpang tido..aki takut smp tak keluar bilik huhu..sian aki


tengok la..kurus je aki..tula mkn x pernah abis

muka ngada2


aksi tido di tangkap haha


kena buli masa tido..kacau telinga dia hehe

video aki plak..aki tgh makan rumput yang anoi tanam..thanks kak iz..credits to izzypets


video



Wednesday, April 3, 2013

AKI balik kampung..

As Salam semua..
Hari ni anoi nak story pasal aki balik kampung hehe..
Alkisahnya...sebenarnya anoi tak ada plan pun nak bawa aki balik kampung sebab aki suka meroyan duk dalam carrier lama-lama..Anoi dah booking dua hari awal kat sebuah petshop dekat saujana putra..so kalau on the way pergi atau balik senang sebab laluan highway yang sama nak balik kampung..Sabtu pagi tu lepas siap2 anoi pun pergi la kedai tu..ok fine kedai tutup maybe owner on the way datang..call x dpt..call 1 lg nombor x dapat..mesej x reply..panas punggung dah ni..aki pula sampai tertidur jadinya..
sejam setengah jugalah tunggu dari 9.00 pagi - 10.30 pagi..Akhirnya anoi buat keputusan bawa je aki balik kampung lepas call klinik haiwan mesra presint 14 (anoi baru taw diaorg ada sediakan utk kucing boarding tapi dah penuh pulak masa anoi call tu)

Sepanjang perjalanan aki ada juga mengeow tapi tak teruk sangat...jenuh pujuk aki ( dah gaya macam pujuk budak2 ) so aki pun senyap dan tidur..anoi jadi tenang nak drive..

siap pakaikan seat belt utk aki..utamakan keselamatan ok

Mesej adik tanya ada sangkar tak kat rumah..tapi adik kata mana ada sangkar..risau dah tak kan nak biar aki lepas dalam rumah tu dah la mak tak berapa suka kucing..tawakal jela..call pulak kak liza tanya kat mana pet shop kat tg.malim nak beli makanan aki..kakak kata ada satu kedai kecik sebelum jambatan dekat stesen bas tg.malim..cari2 nasib jumpa tapi tapi tak banyak choice sbb kedai tu more kepada kedai menjual alatan memancing..tapi ada juga jual cat n dog food tapi tak banyak..anoi pun beli cat food jenama eureka holistic cat food..dengan harapan aki ko tak memilih makanan la yer..


Inilah rupanya makanan kucing tu..RM10.50 for 500gram

Fuh lagi sejam baru sampai Besout..aki dah bangun tido dan mula mengeow..so anoi pun pujuk lagi kata " aki tidur yer, lagi sejam kita sampai..aki baik kan" aki pun macam faham dia pun tidur balik maybe penat kot hehe..so anoi pun pecut sambil mata melilau cari petshop lain kat Slim River..hampeh pekan kecik mana la ada petshop hehe..

Sampai kat rumah Besout trus bawa naik aki..kebetulan ayah tengah baca surat khabar kat ruang tamu belakang.."ha! ayah ni aki" Mak dah risau ingat anoi bawa aki macam tu je dalam kereta...bahaya ooo bawa kucing macam tu..tak adalah mak ada carrier ni klau tak ..tak berani nak macam tu je..So terus lepas aki..aki pun macam pelik aku kat mana ni? hehe..apa lagi buat sesi explore rumah la sambil siap cium2 lagi..abis merata celah rumah aki masuk..pastu keluar bawa sawang melekat kat badan..lawak je aki hehe

Anoi sediakan makanan kucing tapi aki tak makan pun..aki masih teruskan sesi pusing2 dalam rumah..petang kak liza dan nizam sampai..anoi suruh beli wetfood..tepi jenama whiskes je ada jadi la nak campur dalam kibble aki..sebenarnya anoi tak suka wetfood whiskes..rupanya semacam je pastu berair sgt..tapi aki ko terpaksa la makan yer..itu je ada..aki makan juga tapi tak banyak..rumah pulak jenis banyak semut..tinggal lama skit dah naik semut makanan aki..haiyarrkk geram anoi..

Ini tempat makan aki dan toilet aki hehe

Anoi pun ambil aki letak atas kotak yang ada pasir ( kecemasan mana ada bawa litterbox aki guna kotak and pasir je) and ajar aki ini tempat aki punya toilet taw sambil guna sudu plastik kais2 pasir tu..mak anoi gelak je haha..ehhh kucing dia faham je klau kita ajar betul2 kan3??

Alhamdulillah aki pandai guna toilet dia dan seperti biasa waktu anoi nak kemas toilet dia waktu tula nak sibuk membuang..mmg sungguh tak malu aki ni hehe

Seterusnya kite tengok gambo jela kang 10 page tak habis nak citer aki balik kampung hehe.....

Aki kacau Acu buat kerja sekolah hehe

Aki jangan main kat kabinet ubat opah!!

Orang memasak kat dapur..aki duk main kat situ..berkenan betul aki kat tempat tu hehe

memanjat..

memanjat lagi ...suke la tu..


dengan sudu plastik pun jadi bahan main


masa ni dah tutup lampu semua masa org nak tidur..aki pulak masih teruskan aktiviti explore race dia haha

Macam2 ragam aki kan..tapi yang tak boleh lupa..2 malam tido kat kampung..aki anoi tak kurung yela mana ada sangkar pun nak kurung..org lain tidur..aki ntah ke mana merayau dalam rumah..
Malam Ahad..anoi tersedar pukul 3 pagi..dengar bunyi loceng aki..tapi jenguk2 tak nampak aki..tak lama tu aki panjat katil anoi..mula2 main dulu kat almari sebelah ( gambar seperti di atas) pastu menyendeng kat pinggang anoi nak tidur..tapi yang sengsara anoi x boleh nak gerak2 nnt aki terjaga..ntah macam mana dua2 tertidur sedar2 dah 6.30 pagi..aki dia bangun awal..anoi sambung balik tido..tak puas tido sbb x boleh gerak2 hehe..
Malam kedua malam Isnin..pukul 2 pagi terjaga aki panjat katil..mula2 aki tidur kat pinggang sebelah kanan anoi..anoi bergerak dan baring melentang aki panjat dan cium2 muka anoi ( geli la aki hahaha) aki landing kat leher anoi.. leher Ok! dah mengadap bontot aki pastu geli kena bulu aki jenuh tahan gelak haha..anoi gerak lagi..aki bangun turun baring kat kaki plak..last sekali anoi gerak..aki tidur kat celak tiak anoi..haila aki geram tgk dia tidur..comel sgt..siap tangan ke atas hehe...Anoi cakap kat mak anoi pandai aki cari anoi nak tidur ..aki tak pergi ke orang lain pun..mak anoi kata aki kenal tuan dia yang mana...i love u lah aki muaaahh3 <3 hehe..

Isnin nak balik dah..macam biasa aki akan mengeow dalam kereta tapi tak teruk mana..anoi pujuk ..aki tidur balik.. gambar ni di tangkap masa dah sampai putrajaya..tengok la aki..nyenyak je tido..comelnye aki hehe..
tapi bila aki dah besar tak boleh nak pusing2 dah dalam carrier tu..masa kecik ni boleh la



Ok kalau aki good girl..anoi bawa aki balik kampung lagi yer..

bye ^^

Thursday, March 7, 2013

AKI the cat

As salam semua.. selamat petang ..

Kali anoi nak citer pasal anak kucing yang baru anoi bela..2 baru minggu rasanya..
Anoi dapat anak kucing ni melalui laman web mudah.my dan jumpa owner ni yang hendak serahkan 3 anak kucingnya kepada yang berminat.. kiranya anak kucing yang anoi ambil ni yang terakhir dari 3 ekor anak kucing.
Jumaat (22/2/2013) petang selepas keje anoi pun ajak kak elly teman anoi pergi ambil anak kucing tersebut di Petronas Bangi Seksyen 7..Ingatkan dah sampai Petronas yang betul rupanya salah Petronas, jenuhla anoi dan kak elly pusing Bangi mencari Petronas tersebut.. dekat 8lebih baru sampai orang tu pun dah mengantuk macam nak marah pun ada sabo jela..dah kitaorang sesat nak buat macam mana kan..

dengan bawa carrier pink, aki pun bertukar tuan..senyap je aki dalam carrier dalam kereta..malam tu lepak kejap rumah kak elly..aki tak mo keluar carrier pun huhu..esok ptg dalam bermalam bawa aki..siap bawa makan n pasir dia hehe..

AKI yang tak mo keluar carrier

Fussie Cat Sand (apple) & RC baby

carrier pink

sangkar AKI
Ni la rupanya barang2 AKI..habis la juga RM200..nak jadi cerita AKI x reti makan kibbles kena campur wetfood so anoi belikan AKI wetfood jenama prodiet for kitten..



Jeng..jeng..jeng.. ni la rupanya..
 




Haritu beli 2 pack je wetfood ni, 2 minggu tahan lagipun campurkan sikit je dengan kibble AKI..sekali dah habis, yang ada jenama Whiskes sebab dah terbeli kat MYDIN tak kan x guna pulak sebab dah beli kan..rupanya AKI macam tak suka..so harini bergegas la anoi lari jap masa rehat pergi Klinik Haiwan Mesra kat Presint Diplomatik belikan AKI wetfood Prodiet..beli 4 sekali gus..dengan harapan AKI makan la yer..susah hati AKI macam tak nak makan.

Lepas ni AKI jangan nakal2 dah yer..sian anoi asyik jadi mangsa kena gigit..itu pun dah ajar AKI kalau ada benda yang tak boleh anoi cakap NO sambil tepuk tangan ..ada yang AKI dengar cakap ada yang tak..AKI...AKI.. yang bagus AKI pandai membuang di tempat pasirnya kalau berada di luar sangkar. Tapi tak tahulakan sebab anoi biar AKI bebas kejap je masa hari keje dan bebas lama skit kalau hari minggu.

So malam2 layan kucing kecik ni la..kadang2 tak terlayan juga sebab penat keje kan..sian AKI sorang kat rumah bila anoi keje..kena kurung pula tu..macam nak lepaskan tapi biarla dulu..lagipun baru 2 minggu kan..biar tranning lama skit hehe..

ok .. gambar2 AKI yang nakal..mempersembahkan..............................


1st day di rumah anoi

cute!

sibuk nak grooming sebelah anoi

berjaya panjat kerusi meja makan!


AKI main mainan bulu ayam
Anoi mangsa dera
sibuk landing celah tiak orang hehe

Apa pandang2!

AKI suka sangat main dekat sliper anoi tu siap gigit2 lagi


bye!