Buddies

Monday, December 10, 2012

Cuti2 Sarawak

Salam semua,

Alhamdulillah anoi dan rakan2 selamat pergi dan balik ke kuching sarawak pada 28/11-1/12/2012.
Anoi stay di 360 xpress citycentre hotel kuching..

Percutian kali so-so aje..bila berjalan confirm le letih kan.tp happy ttp ade..just sedikit hampa dgn kwn yg uruskan dgn percutian kami di sarawak huhu..

Ok tak nk fikir ..pe2 perkara dh selamat hihi...

Sedikit gambar2 disana >>>>>>>>>>









Monday, November 19, 2012

Glass slipper

Salam semua..

Okeh post kali ni pasal cik anoi dan kasutnye plak hihi..
Xd keje cik anoi ni...benda ni pun nak story..ada kite kisah haha..

Pic 1st: my glass slipper aka getah slipper..bila pki kasut ni berangan mcm jd cinderella haha..size 4 ok..kecik kaki cik anoi..kan sm mcm cinderella tu haha ^^

Pic 2nd: ada tak gaya berjalan cik intan zulaikha ASST melur jelita melibas haha..



^_^






Monday, November 12, 2012

Update blog melalui Ipad

Testing1,2,3..

Adei jenuh google nak cari app yg sesuai utk blogging melalui ipad.. Byk app utk iphone jew.. Ni pun terpaksa besarkan app kat skrin huhu..

Byk juga download app tadi tapi x reti guna. So trus delete. Tak pe slow2 guna this app hihi. Lagipun bukan slalu update sgt pun ngeh3..

Ok.. Till we meet again in next update.. Daaa..

Wednesday, November 7, 2012

Apa nak citer ye..

Salam semua, uuurrrrmmmmmm..............................

lama juga tak story mory kan urmmm..nak tulis ape ye...nak citer pasal diri sendiri pun macam haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! (lepas tension jerit jap hehe) ape aku nak tulis ni huhuhuhu........

1. Semua sedia maklum kita sudah masuk kepada penghujung tahun 2012..now its NOVEMBER ok! sungguh kejap masa berlalu huhu..
  • Tahun depan umur bertambah (tapi tetap rasa muda kah3)
  • Azam setiap tahun tak ada yang extrem...hanya nak hidup dengan baik..buat baik..tak susahkan orang..happy...tak mo sedih2...kerja rajin2...enjoy dgn kwn2...azam yang mudah dan mungkin orang lain fikir anoi ni tak ada benda yang nak dicapai ke...nooo bukannn kadang2 beria-ria punya azam tapi habuk pun tak buat...biar kita tak cadang azam yang gah tapi kalau berkesempatan dan murah rezeki dapat apa yang kita nak tu...alhamdulilllah sangat...amin
2. Hujung bulan ni CUTI-CUTI MALAYSIA - KUCHING... yeaaahhhhhh...cuti2 dengan my bf umi..dan akak2 di opis..ok lepas pergi cuti boleh story panjang hehehe..

3. Ok pada yang tertanya..ececeh macam ada orang baca blog anoi ni hehehe...bulan ni anoi tak ada SHOPPING apa2 ke...wei anoi nak shopping la tapi duit nak jalan kat kuching tak cukup lagi ni huhu...tapi tak tau la kalau terbabas beli apa2 tapi yang pasti koleksi novel harus dibeli ngeh3

^_^

Friday, October 19, 2012

Dalam kata nak berjimat..

Salam semua..

Hari ni miss anoy nak kongsi kan cerita 'Dalam kata nak berjimat' (sebenarnya lagi boros adala huhuhu..)

Tudung Bawaria from verylawa

Tudung Syria Arabella from verylawa


blouse from Mean

blouse from Mean


Maxi dress from thepoplook

Terbitan September KN
 
Terbitan Oktober KN


Novel P2U
 
Another novel from Rehan Makhtar


ILUS from melurjelita

  
Monobo crystal (tgh order ni)
 
Monobo lilly grey (tgh order ni)
   











Peplum kurung (kalau jadi beli huhu)


hasil tangkapan setakat ini..rasanya minggu depan lagi besar jala nak menangkap ni hehe..
Gajila katakan hehe

Note: miss anoy sila save sikit duit tu..bulan depan nak cuti2 malaysia tak ingat ke?? (remind to myself sob3)

Monday, October 8, 2012

Kejadian Yang Tak Dijangka..

Tarikh Kejadian : 22/9/2012
Masa : 4.00 pagi
Tempat : Kat rumah

Jumaat malamnya, anoi tidur macam biasa, tiba2 terjaga sebab macam ada orang kejutkan anoi. Anoi ingatkan mimpi dan nak sambung tidur balik. Anoi terfikir eh! macam betul je terus tak jadi tidur balik. Dalam kelam malam tu anoi perhatikan dalam bilik tidur anoi ada kelibat orang lalu.. Ya Allah, betullah ada orang.. Anoi dah panik, takut dan rasa macam2..nak buat apa ni..dah la seorang dalam rumah. Anoi pura-pura tidur dan bertawakal yang pencuri tu tidak menganggu anoi.

Dalam 15minit anoi nampak kelibat seorang lelaki keluar dari pintu hadapan. Anoi cepat2 bangun dan cari handphone. Alamak hp dah kena curi, macam mana ni..panik lagi..ok, tengok ipad anoi kena ambil tak..Alhamdulillah tak kena ambil..dengan kelam kabut anoi cari sesiapa yang masih online pagi2 ni..kebetulan Sathir online, anoi sempat minta Sathir call polis bagi pihak anoi. Tapi tak sempat bagi alamat penuh anoi kerana tetiba pencuri tersebut datang balik..Ya Allah macam mana ni, anoi ingat pencuri tersebut terus lari..dengan lampu tak pasang ..bilik tak kunci balik..anoi memang tergamam dan tak ready..

Anoi hanya terfikir untuk pura-pura tidur kembali dengan ipad disorokkan didalam selimut anoi..Ya Allah minta2 la pencuri tu tak perasan..dalam hati hanya Allah yang tahu..dup dap..dup dap..dup dap..
matila anoi huhu..Anoi dapat rasa pencuri tu dengan pelahan-lahan masuk kembali ke dalam bilik anoi..anoi boleh rasa yang pencuri tersebut memerhatikan anoi ..seramnya huhuhu..

Agaknya ingat anoi dah tidur, pencuri tersebut terus mengeledah satu rumah..anoi tak berani langsung untuk mengintai..lebih2 lagi tertiba pencuri tersebut buka lampu..Ya Allah kenapa pulak ni..pencuri tu nak apa-apakan anoi ke huhu..bunyi bising kedengaran kerana pencuri tersebut membuka almari, laci, stor mencari barang berharga..Setelah agak lama dan yakin pencuri tersebut sudah keluar..anoi sambung kembali memberitahu alamat penuh anoi kepada Sathir..rupa-rupanya polis telah berkeliaran di kawasan perumah anoi (Fasa P18R12) tetapi kerana tidak tahu blok , tingkat dan unit apa menyebabkan tindakan polis menjadi lambat..

Bila polis sampai baru anoi berani buka pintu..rumah terang dengan lampu yang dibuka 1 rumah..dahsyat betul pencuri tu..rupa-rupanya pencuri tersebut memanjat ke tingkat 3 dan memasuki melalui bilik ampaian..kebetulan anoi tak kunci grill nya (actually anoi jarang kunci pun huhu) siapa sangka ada orang berani memanjat setinggi 3 tingkat (memang spiderman la pencuri tu). Pencuri tersebut memasuki rumah melalui tingkap bilik air yang dikeluarkan sebyk 3 keping dan memijak baldi dan melalui tingkap tersebut..

Anoi pulak letak kunci pendua bilik/pintu rumah merata-rata (siapa sangka pencuri nak masuk dan panjat rumah yang tinggi ni)..bila pencuri tersebut dah jumpa kunci tersebut dengan mudahnya dia dapat memasuki bilik anoi..the rest of story seperti di atas.

Anoi pergi ke balai polis Putrajaya di presint 9 pada pukul 7.00pagi dengan di eskort oleh kereta peronda depan dan dibelakang huhu..Masa buat report lain pulak ceritanya, polis tersebut siap komen lagi kenapa awak tak lari, kenapa tak jerit minta tolong..please la bukan semua orang bertindak macam tu..saya ni perempuan sorang2 pulak tu..macam mana kalau saya bertindak macam tu saya dicederakan..nak tanggung ke..sempat la se das dua saya perlikan balik polis tu..orang dah la susah hati dan takut cakap pulak macam bikin orang hangin je huhu..

Balik dari balai hp cikai anoi (nasib pencuri tu tak rembat) tertinggal kat balai..anoi dah sampai kat flat hijau nak cari public phone nak call kakak. alaaaa 1 nombor hp pun anoi tak ingat..jenuh geledah dalam FB kot2 ada yang tak delete lagi nombor hp dalam profile FB..fuh nasib kak liza tak buang..dan nasib lagi public phone tu function (rasanya public phone kat putrajaya ni ada kat sini je sbb tak pernah nampak kat tempat lain kecuali dalam alamanda) duit langsung tak ada memang tinggal RM40 dalam dompet itu pun kena curi juga..nasib duit syiling ada dalam kereta..sempat cakap dengan akak rumah kena masuk pencuri, beritahu mak dan kak yong..then pergi balai ambil hp dan terus balik rumah tapi tak berani naik..takut sangat just lepak kat taman kat bawah rumah..tak lama kemudian kak yong sampai then mak ayah, liza dan nizam lepas tu baru masuk rumah..

Cerita punya cerita tak juga sampai polisnye , dah balik dari alamanda cari solex baru pun polis tak datang lagi..banyak benar alasannye..tgh off la(abis dia sorang je ada kat balai tu), kawan yang ambil gambar ada kes kat tempat lain la..sudahnye dia juga yang datang seorang. Itupun selepas kena BAHASAKAN oleh kak liza..see kejap je pun check rumahnye dalam sejam je kot..kalau datang awal kan senang..orang lain nak rehat tak kan tak faham..

Itulah kisahnye..esoknya (Ahad), mak ayah, liza dan nizam balik dah..anoi yang penakut ni tumpang tidur rumah kak nory (mekasih kak nory) esoknya pula tidur rumah watie (mekasih watie) tapi itu la sampai bila nak tumpang rumah orang kan..tak selesa juga..lusanya tidur la rumah sendiri walaupun takut huhu..
actually sampai skang macam trauma lagi..kadang2 terjaga pukul 1,2 pastu x boleh tidur haiya.

Moral of the story: Lebih Berhati-hati tak kira dimana sahaja dan jangan ambil mudah untuk semua perkara..

Thursday, September 6, 2012

Mesyuarat Staff aka Makan2

Salam semua,
Semalam 5 September bersamaan 18Syawal telah diadakan Mesyuarat Bulanan Kakitangan Bahagian Penasihat sekaligus diadakan Majlis Makan secara kecil-kecilan hehe..

Suasana mesyuarat/ makan2...
                                                   
                        


p/s: Mana Gambo Cik Anoi ??
(Cik Anoi sampai lupa ambil sendiri huhu)

Thursday, August 30, 2012

12 Syawal

Salam...
Macam mana sambutan hari raya semua? saya dikeluarga macam biasa sahaja..masak lemang..rendang daging...laksa dan kuih raya (raya pertama). raya kedua balik ke rumah opah di teluk intan. Raya ketiga balik semula ke Besout bersama ayah dan emak.. adik-beradik lain tinggal untuk ke rumah makcik di teluk intan juga..on the balik ke Besout singgah sebentar di rumah makcik (sebelah ayah) di Tapah Road.


malam raya dah beraya di rumah ahli blok 1 pkt 3


with darwish -pagi raya sambung beraya lagi di rumah ahli blok

raya ke3-otw balik ke besout

Raya ke4 teman ayh dan emak ke hospital slim river.mak nak ambil darah untuk check keputusan radang hati huhu..sementera tunggu keputusan darah..singgah pekan slim beli barang dapur di market slim (kalau raya ni barang cepat habis di besout) lepas tu singgah di farmasi beli ubat resdung si Abang plak..lepas tau keputusan darah mak (nasib keputusan ok kalau tak mak kena tahan di wad) kami pun pulang Besout. petang keluar pakjang makjang datang.. kakak2 yang duk rumah tu masak tomyam.fuh sodap tapi anoi tak ada rasa pun..xd selera makan la..petang tu buat lemang lagi untuk dibawa pulang kakak yang duk kat kelantan. Malam plak kawan anoi shuhafiza,wan, anaknya Izz,mak ayah apiz dan sada (adik apiz) datang..nasib jumpa rumah. Jauh perjalanan dari Ipoh- Besout, Sungkai tu huhu..Tq apiz coz sudi datang dalam keadaan tunggu hari nk bersalin je lg..aku plak risau ke ko...

Raya ke5..keluarga makngah plak datang..mak buat mi sup dan makanan tengahari..opah dan keluarga maklang pun ada..penuhla rumah kejap..sebelah petang kawan2 abang datang beraya. dasat berjalan dari Tapah-Tgmalim( beraya guna kereta anoi amboi hehehe)..

Raya ke6..mak buat mi kari..anak jiran sebelah ada datang..rezeki diaorang dapat mi kari..petang, anoi plak beraya..singgah kejap rumah tini dan makan laksa rumah linda..rumah zaharah x pergi sbb orangnye tak ada..rumah dayah petang raya pertama sempat singgah.

Raya ke7(sabtu)..anoi dan kakyong, nabil & nabil nak balik dah..hantarkan kakyong ank beranak di rumah mereka di prima damansara..sampai di rumah (presint18) kena la kemas apa yg patut dah tinggal rumah seminggu dan lucky ikan anoi tak mati hehe..

Ahad raya ke8 duk rumah je memalaskan diri..esoknya dah kerja katakan...malasnye huhu..

Raya ke9-12(Isnin-Khamis) kerja..kerja..kerja..and semalam anoi telah berabis duit utk beli..jeng..jeng..jeng



ipad2 je ^_^

habis duit untuk ke Sarawak ..kena la menabung semula huhu (sempat ke ni??)

and today ..bos pergi meeting, PAnye (me) menggodek Ipad baru (xreti guna waa..) n novel karyaseni pun dah sampai..wah2 anoi kemain ko ye hihi..



Sekian..DiariRaya2012 anoi setakat ini..

p/s: skang tgh kecoh video kat youtube pasal PSY-gangnam style...and ada versi raya la ..lucu wei better korang tengok..suasana gangnam raya by anak cucu keluarga tok harun (betul ke info ni??) check it out!



Monday, August 13, 2012

24 Ramadhan

Salam semua..hari ini Isnin 13 Ogos 2012 bersamaan 24 Ramadhan 1433H. Kita memasuki minggu terakhir puasa.. dan insyaallah Ahad ini kita semua akan menyamput Aidil Fitri...

Mana yang bekerja atau berada di mana sahaja mungkin difikiran sekarang hanya kampung..kampung..kampung..(kebetulan tengah dengar lagu sudirman balik kampung hehe) lagi la semangat kan..

Bulan ni, cik anoi banyak bebeno habis duit dalam kata nak berjimat tu..yang berjimat ialah tak makan sakan waktu berbuka tapi boros tang shopping online..bahaya juga yang shopping online ni..lepas jualan 1002 macam di Opis...buat kira2 wah terkejut cik anoi..beratus-ratus habis tu ..haiya huhu...Selepas raya tak boleh shopping2 dah!

Minggu ni tunggu novel PMS dan handbang sampai..lepas tu boleh duduk senyap2 sampai raya..


Thursday, August 9, 2012

Ceciter shopping lagi hehe..

Salam 20Ramadhan..

Semalam dah dapat tudung mila dan perfume...tapi masalahnye anoi mmg la cpt pening dgn perfume tp pakai la jg dh beli mahal2 kan..

Pagi tadi before turun dengar ceramah, sempat lagi bayar online untuk beli novel terbaru haninaabdullah (Projek Memikat Suami 'PMS")..wah tajuknye saje nmpak best kan..so peminat novel boleh try beli dan baca novel ni..boleh beli di penulisan enterprise. Satu lagi bayar duit handbag ala2 beg gucci kikiki..
Yang tak dapat lagi tudung tihany dan tudung audrey. beg kat atas ni dan novel PMS


PMS

oK! esok smbg shopping lagi..elokla sgt ada jualan 1002 macam anjuran Jabatan kat opis hehe..xd yg berkenan kita cuci2 mata jela hihi...

Monday, August 6, 2012

Shopping tudung lagi..

Salam 17Ramadhan semua..
Haha nak story ni..disebabkan anoi ni gatal tangan TERBELI lagi tudung hehe. kali ni beli online kat Sugarscarf plak. Anoi pilih shawl audrey warna turquoise (kalau dah habis stok pilihan lain warna soft green).Yang ini dah buat payment. Harap tak ada masalah.

warna turquoise

warna soft green

Glamor tak?hehe..tula bila fikir balik ye ke anoi nak pakai ni..segan pun ada hehe..tengok jela nanti k.

Lagi satu mencuba nasib beli kat Radiusite.. kali ni beli syria tihany 1 layer warna electric blue & shawl paddlepop. Hari tu beli dapat yang tudung mila je. kali tak tau la dapat yang mana satu. tunggu pihak Radiusite emel invoice baru boleh tahu.


shawl paddlepop

syria tihany

Tapi harap sangat dapat shawl paddlepop tu..nak match dengan baju raya warna pink hehe..

Friday, August 3, 2012

shopping online


salam semua..walaupun SALE merata-rata, anoi shopping online je hehe..hopefully semua barang yang dibeli dapat pada minggu hadapan. Actually xd la beli apapun..cuma beli novel Kakinovel 2, novel Penulisan2u 2, novel Rehan Makhtar KSC (yang ni maybe dapat lepas raya), tudung dari Radiusite dan yang terakhir beli parfume estee lauder & body mist victoria secret..fuh dahsyat tak?hehe


novel KN


novel p2u


novel p2u

novel by rehan makhtar

VS body mist pure seduction

beyond paradise by estee lauder
tudung mila by radiusite
TARAAA...berikut merupakan barang-barang yang anoi beli dan masih belum dapat..tak sabarnye nak tunggu minggu depan..happy shopping uollss..xoxo