Buddies

Friday, October 19, 2012

Dalam kata nak berjimat..

Salam semua..

Hari ni miss anoy nak kongsi kan cerita 'Dalam kata nak berjimat' (sebenarnya lagi boros adala huhuhu..)

Tudung Bawaria from verylawa

Tudung Syria Arabella from verylawa


blouse from Mean

blouse from Mean


Maxi dress from thepoplook

Terbitan September KN
 
Terbitan Oktober KN


Novel P2U
 
Another novel from Rehan Makhtar


ILUS from melurjelita

  
Monobo crystal (tgh order ni)
 
Monobo lilly grey (tgh order ni)
   











Peplum kurung (kalau jadi beli huhu)


hasil tangkapan setakat ini..rasanya minggu depan lagi besar jala nak menangkap ni hehe..
Gajila katakan hehe

Note: miss anoy sila save sikit duit tu..bulan depan nak cuti2 malaysia tak ingat ke?? (remind to myself sob3)

Monday, October 8, 2012

Kejadian Yang Tak Dijangka..

Tarikh Kejadian : 22/9/2012
Masa : 4.00 pagi
Tempat : Kat rumah

Jumaat malamnya, anoi tidur macam biasa, tiba2 terjaga sebab macam ada orang kejutkan anoi. Anoi ingatkan mimpi dan nak sambung tidur balik. Anoi terfikir eh! macam betul je terus tak jadi tidur balik. Dalam kelam malam tu anoi perhatikan dalam bilik tidur anoi ada kelibat orang lalu.. Ya Allah, betullah ada orang.. Anoi dah panik, takut dan rasa macam2..nak buat apa ni..dah la seorang dalam rumah. Anoi pura-pura tidur dan bertawakal yang pencuri tu tidak menganggu anoi.

Dalam 15minit anoi nampak kelibat seorang lelaki keluar dari pintu hadapan. Anoi cepat2 bangun dan cari handphone. Alamak hp dah kena curi, macam mana ni..panik lagi..ok, tengok ipad anoi kena ambil tak..Alhamdulillah tak kena ambil..dengan kelam kabut anoi cari sesiapa yang masih online pagi2 ni..kebetulan Sathir online, anoi sempat minta Sathir call polis bagi pihak anoi. Tapi tak sempat bagi alamat penuh anoi kerana tetiba pencuri tersebut datang balik..Ya Allah macam mana ni, anoi ingat pencuri tersebut terus lari..dengan lampu tak pasang ..bilik tak kunci balik..anoi memang tergamam dan tak ready..

Anoi hanya terfikir untuk pura-pura tidur kembali dengan ipad disorokkan didalam selimut anoi..Ya Allah minta2 la pencuri tu tak perasan..dalam hati hanya Allah yang tahu..dup dap..dup dap..dup dap..
matila anoi huhu..Anoi dapat rasa pencuri tu dengan pelahan-lahan masuk kembali ke dalam bilik anoi..anoi boleh rasa yang pencuri tersebut memerhatikan anoi ..seramnya huhuhu..

Agaknya ingat anoi dah tidur, pencuri tersebut terus mengeledah satu rumah..anoi tak berani langsung untuk mengintai..lebih2 lagi tertiba pencuri tersebut buka lampu..Ya Allah kenapa pulak ni..pencuri tu nak apa-apakan anoi ke huhu..bunyi bising kedengaran kerana pencuri tersebut membuka almari, laci, stor mencari barang berharga..Setelah agak lama dan yakin pencuri tersebut sudah keluar..anoi sambung kembali memberitahu alamat penuh anoi kepada Sathir..rupa-rupanya polis telah berkeliaran di kawasan perumah anoi (Fasa P18R12) tetapi kerana tidak tahu blok , tingkat dan unit apa menyebabkan tindakan polis menjadi lambat..

Bila polis sampai baru anoi berani buka pintu..rumah terang dengan lampu yang dibuka 1 rumah..dahsyat betul pencuri tu..rupa-rupanya pencuri tersebut memanjat ke tingkat 3 dan memasuki melalui bilik ampaian..kebetulan anoi tak kunci grill nya (actually anoi jarang kunci pun huhu) siapa sangka ada orang berani memanjat setinggi 3 tingkat (memang spiderman la pencuri tu). Pencuri tersebut memasuki rumah melalui tingkap bilik air yang dikeluarkan sebyk 3 keping dan memijak baldi dan melalui tingkap tersebut..

Anoi pulak letak kunci pendua bilik/pintu rumah merata-rata (siapa sangka pencuri nak masuk dan panjat rumah yang tinggi ni)..bila pencuri tersebut dah jumpa kunci tersebut dengan mudahnya dia dapat memasuki bilik anoi..the rest of story seperti di atas.

Anoi pergi ke balai polis Putrajaya di presint 9 pada pukul 7.00pagi dengan di eskort oleh kereta peronda depan dan dibelakang huhu..Masa buat report lain pulak ceritanya, polis tersebut siap komen lagi kenapa awak tak lari, kenapa tak jerit minta tolong..please la bukan semua orang bertindak macam tu..saya ni perempuan sorang2 pulak tu..macam mana kalau saya bertindak macam tu saya dicederakan..nak tanggung ke..sempat la se das dua saya perlikan balik polis tu..orang dah la susah hati dan takut cakap pulak macam bikin orang hangin je huhu..

Balik dari balai hp cikai anoi (nasib pencuri tu tak rembat) tertinggal kat balai..anoi dah sampai kat flat hijau nak cari public phone nak call kakak. alaaaa 1 nombor hp pun anoi tak ingat..jenuh geledah dalam FB kot2 ada yang tak delete lagi nombor hp dalam profile FB..fuh nasib kak liza tak buang..dan nasib lagi public phone tu function (rasanya public phone kat putrajaya ni ada kat sini je sbb tak pernah nampak kat tempat lain kecuali dalam alamanda) duit langsung tak ada memang tinggal RM40 dalam dompet itu pun kena curi juga..nasib duit syiling ada dalam kereta..sempat cakap dengan akak rumah kena masuk pencuri, beritahu mak dan kak yong..then pergi balai ambil hp dan terus balik rumah tapi tak berani naik..takut sangat just lepak kat taman kat bawah rumah..tak lama kemudian kak yong sampai then mak ayah, liza dan nizam lepas tu baru masuk rumah..

Cerita punya cerita tak juga sampai polisnye , dah balik dari alamanda cari solex baru pun polis tak datang lagi..banyak benar alasannye..tgh off la(abis dia sorang je ada kat balai tu), kawan yang ambil gambar ada kes kat tempat lain la..sudahnye dia juga yang datang seorang. Itupun selepas kena BAHASAKAN oleh kak liza..see kejap je pun check rumahnye dalam sejam je kot..kalau datang awal kan senang..orang lain nak rehat tak kan tak faham..

Itulah kisahnye..esoknya (Ahad), mak ayah, liza dan nizam balik dah..anoi yang penakut ni tumpang tidur rumah kak nory (mekasih kak nory) esoknya pula tidur rumah watie (mekasih watie) tapi itu la sampai bila nak tumpang rumah orang kan..tak selesa juga..lusanya tidur la rumah sendiri walaupun takut huhu..
actually sampai skang macam trauma lagi..kadang2 terjaga pukul 1,2 pastu x boleh tidur haiya.

Moral of the story: Lebih Berhati-hati tak kira dimana sahaja dan jangan ambil mudah untuk semua perkara..